Selasa, 15 September 2015

MAJALAH PILIHAN NO 1

MAJALAH MINGGUAN WANITA
Majalah Mingguan Wanita adalah majalah pilihan saya berbanding majalah lain di pasaran. Saya adalah peminat tegar majalah ini, setiap keluaran mesti ditunggu-tunggu kerana  ianya menampilkan informasi  yang menarik tentang kejayaan wanita. Saya tertarik untuk menjadikan  majalah ini sebagai topik penulisan saya. Berkongsi pengalaman dan minat membaca dengan anda tentang keunikkan majalah ini.Mungkin anda juga pernah membacanya.

Saya sudah mengenali majalah ini sejak zaman muda lagi dan sehingga kini saya sudah mempunyai hampir 200 buah naskah majalah. Saya suka menyimpan majalah ini sebagai koleksi peribadi dan sentiasa mengulangi pembacaan pada setiap masa. Harganya cukup berbaloi dengan isi kandungannya. Saya masih ingat lagi harga sebuah majalah ini dahulu baru RM3.30 meningkat naik sedikit sehingga sekarang menjadi RM4.00 senaskah. Kulit majalah ini telah diupgarde lebih keras berbanding dahulu. Saya ingat lagi jika majalah ini koyak saya sanggup untuk menampalkan balik helaian tersebut. Sampai sekarang ia masih tersusun rapi di satu sudut ruang rumah saya sebagai terapi diri.

Bagi saya tidak rugi saya mengagihkan sedikit  wang  semata-mata untuk membeli majalah ini. Majalah ini banyak memaparkan pelbagai informasi terutama mengenai wanita dari segi pendidikan keibubapaan, kisah ibu tunggal yang berjaya, pengurusan kewangan, penjagaan diri dan kesihatan. Melalui pembacaan ini saya dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dan meluaskan minda bagi menghadapi cabaran mendatang.  

Baru-baru ini perkongsian ilmu dan panduan daripada pengasas Akedemi Bekerja Dari Rumah(ABDR) iaitu Pn Mas ayu Ahmad menarik minat saya mendapatkan keluaran tersebut setiap minggu, Alangkah ruginya jika saya tertinggal topik  yang dibincangkan. Banyak tip-tip yang berguna untuk kita berniaga secara online. Beliau banyak menghuraikan langkah demi langkah bisnes online dan panduan bekerja dirumah.  Penulisannya sangat membantu anda mendapatkan maklumat mengenai ABDR. InsyaAllah  saya cuba aplikasikan dalam kehidupan saya.

Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membawa  manfaat untuk anda. Jadikan membaca itu sebagai hobi dan minat anda untuk sentiasa mencari ilmu. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut ABDR boleh klik DISINI

“ Orang yang suka membaca cenderung, TERUS MEMBACA dan sentiasa  MENCARI BUKU BARU"

Antara koleksi peribadi majalah Mingguan Wanita


Tiada ulasan:

Catat Ulasan