Selasa, 31 Mei 2016

BERMULANYA BISNES MUSIM PERAYAAN 2016



Tinggal lagi seminggu jer kita nak masuk bulan Ramadhan pada tahun 2016. Sebenarya hati ni mula terasa  berdebar2 sangat terfikir apakah persediaan kami sekeluarga..yelah time2 macam ni yati dah mula sibuk dengan “Perniagaan Bermusim”  yang yati buat bersama En Suami. Dalam sesibuk mana pun, yati cuba usahakan pada bulan Ramadhan ini untuk  merebut peluang menggandakan pahala dan meningkatkan amalan kita kepada Maha Pencipta.

Mengenai bisnes bermusim ini, Alhamdullilah tapak untuk Bazar Ramadhan  pun dah selesai diuruskan..Maknanya kami suami isteri kena bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menguruskannya, lagi2 kedua-duanya masih bekerja lagi. Kalo tak mula sekarang bila lagi kan? Mungkin ini peluang yang Allah dorongkan buat yati dan suami untuk berkongsi rezeki dan bersedekah kepada semua disamping boleh memberi manfaat kepada orang lain, InsyaAllah mudah-mudahan urusan ini dipermudahkan.

Peluang untuk melaksanakan kedua-dua tugas iaitu Bekerja dan Berniaga ini sebenarnya memang mencabar dalam masa yang sama membuatkan yati lebih bersemangat untuk melaksanakan.Sebelum ini mungkin ada yang pernah terbaca penulisan yati mengenai pengalaman bisnes musim perayaan. Bila dah masuk  tahun ketiga berniaga ni, Insyaallah ilmu yang ada ini dapat diupgrade lagi untuk berjaya. Orang kata ada peningkatan sedikit dalam strategi jualan dan pemasaran. Walaubagaimanapun, masih banyak lagi ilmu yang perlu yati belajar dari orang2 yang berjaya.

Sokongan dari keluarga sangat2 buat yati terharu, sanggup sama2 memberi sokongan dan galakkan untuk yati terus melaksanakan aktiviti berniaga ini. Semoga niat untuk memberi manfaat kepada orang lain memudahkan urusan yati untuk berniaga.

Perkara permulaan yang perlu diberi perhatian ialah tetapkan perancangan awal, tetapkan target dan fikir strategi yang terbaik untuk pasarkan hasil produk kita. Bila semua dibuat , pastikan kita betul2 fokus pada matlamat asal. InsyaAllah, ilmu ini jugalah masih  saya amalkan untuk terus konsisten dalam berniaga walaupun masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki.

“Sesunggahnya dengan berniaga itu mengajar kami mengenal maksud REZEKI”

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Berpuasa